01 Jun, 2013

'Gadis Bond' dapat gelaran Tan Sri

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Aktres Malaysia kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau yang turut dikenali sebagai "wanita Bond" itu menerima anugerah itu semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Yeoh turut berlakon sebagai watak utama dalam filem terbarunya, 'The Lady' yang memaparkan kisah hidup pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Selain Yeoh, turut menerima Darjah Pingat Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri adalah Pereka Kasut Antarabangsa, Datuk Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Jimmy Choo dan Pereka Fesyen Antarabangsa, Datuk Zang Toi yang masing-masing menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, majlis istiadat dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat utama dengan panji-panji diraja.

Istiadat yang berlangsung buat kali kedua di Istana Negara baru di Jalan Duta itu menyaksikan Seri Paduka berkenan mengurniakan darjah kebesaran kepada 1,574 penerima. - Bernama

2 comments

jelas harga gelaran kehormat yang ada dalam budaya melayu telah dilacorkan oleh institusi diraja...logikkah michelle yeoh dapat anugerah itu...ini menunjukkan betapa sampahnya gelaran kehormat yang ada pada budaya melayu...mana pejuang melayu bangang brehim ali, zul kulim atau pekidapekuda...tak malu ke...shiiiiiiiittttt

EmoticonEmoticon