05 Jun, 2013

(Gambar) Aksi gadis hanya berseluar dalam bersama senjata

Pasukan tentera wanita Israel kini menjadi perhatian kerajaan dan pasukan tenteranya setelah rekrut baru mereka memuat naik gambar yang tidak bermoral, hampir bogel yang diambil dalam berek tentera kemudian dimuat naik ke akaun Facebook.

Seperti yang dijangka, komander tentera Israel telah bertindak tegas terhadap sekumpulan rekrut baru wanita ini.

Dipetik dari kenyataan yang dibuat pihak tentera, "pegawai pemerintah akan mengambil tindakan disiplin yang sepatutnya terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral ini"

Kenyataan berkenaan tidak pula menyatakan apa tindakan atau hukuman yang sebenar yang akan dilaksanakan.

Rekrut-rekrut wanita muda Israel ini diletakkan di kem di Selatan Israel.

Salah satu foto tersebut menunjukkan seorang tentera wanita hanya memakai helmet tanpa pakaian kemudian menggalas beg peluru untuk menutup bahagian sulitnya.

Gambar lain pula menunjukkan aksi 'topless' mereka sambil memalingkan punggung mereka ke arah kamera.
Ini bukanlah kali pertama tentera Israel terlibat dengan masalah disiplin. Sebelum ini, terdapat tentera mereka yang menari-menari di sekeliling seorang banduan Palestin dan ada juga yang berkelakuan tidak senonoh.


EmoticonEmoticon