11 Jun, 2013

Harimau Malaya tebus kekecewaan

SELEPAS dimalukan dengan kekalahan 2-3 kepada kelab Canberra FC Khamis lalu, episod duka Harimau Malaya berakhir apabila menewaskan Olimpik Sydney 4-0 dalam aksi kedua siri jelajah di Australia, hari ini.

Satu gol dari Safiq Rahim minit kesembilan dan jaringan hatrik Mohd Amri Yahya (m-50,73 dan 90) meredakan seketika tekanan pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal dan anak didiknya yang dikritik teruk atas kekalahan sebelum ini.

Enggan mengambil risiko untuk aksi kedua ini, Rajagopal dilihat menurunkan barisan terbaik sebagai kesebelasan utama dan ternyata ia berhasil apabila Safiq menjaringkan ketika perlawanan baru sembilan minit.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya melebarkan jaringan melalui Mohd Amri Yahya minit 50, 73 sebelum bekas Ketua Pasukan Selangor itu meledak jaringan hatrik di penghujung aksi perlawanan.

Kemenangan ini dilihat mampu memberi semangat untuk Harimau Malaya menjelang aksi terakhir menentang Marconi Stallions, esok.


EmoticonEmoticon