14 Jun, 2013

Harimau Melaya terus diaibkan di Australia

SKUAD Kebangsaan gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 0-2 kepada Marconi Stallions FC di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, semalam.

Keputusan itu sekali gus membuatkan skuad Harimau Malaya melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka apabila hanya mencatat satu kemenangan dalam tiga perlawanan.

Dua gol pasukan tuan rumah pada perlawanan itu dijaringkan Milorad Simonovic dan Tadgh Purcell, masing-masing pada minit ke-42 dan 45.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian.

Jelajah itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Okt depan.

Sebelum pertemuan itu, skuad Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC dan gergasi Sepanyol, FC Barcelona masing-masing pada 21 Julai dan 10 Ogos depan.


EmoticonEmoticon