29 Jun, 2013

Karpal ada cadangan elak DUN Terengganu dari 'tergantung'

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan tiada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) genap bagi mengelakkan Dun tergantung, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

"SPR patut menambah sekurang-kurangnya satu kerusi Dun di negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Perkara itu katanya perlu dipertimbangkan oleh suruhanjaya berkenaan dalam melakukan persempadanan semula hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian mengulas senario yang mungkin berlaku di Terengganu selepas PRK Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokthar dari BN, Selasa lalu.

Pada PRU13 5 Mei lalu, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

Pada PRU itu, BN Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dun yang dipertandingkan.

Sekiranya pembangkang berjaya menawan kerusi Kuala Besut pada PRK ini, ia akan menjadikan masing-masing BN dan pembangkang menang 16 kerusi di Terengganu.


EmoticonEmoticon