21 Jun, 2013

Konon nak pendidikan percuma, hapus PTPTN, alih-alih kena denda!

Seorang pelajar kolej swasta yang terlibat dalam demonstrasi anti-PTPTN April lepas telah dikenakan kenaikan denda sebanyak RM3,000. Umar Mohamad Azmi, 24, telah didapati bersalah dan didenda oleh Mahkamah Majistret sebanyak RM1000 serta menjalani hukuman penjara selama sebulan.

Bagaimanapun, selepas mendengar rayuan berhubung hukuman berkenaan, Hakim Kamardin Hashim mengenepikan hukuman penjara dan menaikkan jumlah denda yang perlu dibayar oleh Umar Mohamad Azmi.

Umar telah didakwa menghalang pegawai penguatkuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas dalam usaha memberkas seorang lelaki di Dataran Merdeka pada jam 8:05 pagi, 23 April tahun ini.

Beria-ia sungguh budak kolej ini nak membela Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang kecundang dan dia sendiri yang terpaksa menanggung akibat daripada perbuatannya. Dia telah didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya jikalau didapati bersalah.

Mana pergi Anwar Ibrahim? Mana pergi Chegu Bard? Mana pergi Ambiga? Mana pergi Lim Guan Eng?

Nak benda free punya fasal, akhirnya dia yang tergolek kena bayar denda mahkamah!

Ambik kau!

Orang suruh mengaji tu, agar otak tu berkembang dan lebih mudah berfikir, bukannya jadi semakin bodoh dan menurut saja hasutan makhluk tak berpelajaran tapi pandai bercakap macam Anwar Ibrahim!

Padan ler muka!

TFK


EmoticonEmoticon