27 Jun, 2013

Main game dalam iPhone, payudara wanita ini 'meletup'!

Gambar hiasan
Seorang wanita warga China sebelum ini berbangga dengan payudaranya yang diidamkan selama ini. Namun begitu, sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku ke atas dirinya apabila implan dalam payudaranya itu pecah gara-gara terlalu lama meniarap.

Dipetik dari The Stir, kejadian tersebut berlaku ketika wanita tersebut sedang asyik bermain permainan Dragon Summun dalam telefon pintarnya di atas katil sambil meniarap selama empat jam.

Posisi tidurnya itu akhirnya mendatangkan kecelekaan terhadap implan payudaranya. Setelah berasa sakit di bahagian dada beberapa ketika, beliau akhirnya pergi ke hospital untuk menerima rawatan.

Doktor kemudian memaklumkan kesakitan yang dialaminya adalah berpunca dari tekanan yang dialami oleh implannya yang berkualiti rendah. Doktor juga mengesahkan bahawa implan payudaranya telah pecah akibat tekanan dari posisi meniarap yang terlalu lama.

So kepada wanita diluar sana yang bercadang-cadang untuk meletakkan implan di dada masing-masing, difikirkanlah dulu risikonya ya!


EmoticonEmoticon