24 Jun, 2013

Pemilihan YDP Dewan Rakyat tegang

KUALA LUMPUR: Sesi penggal pertama Dewan Rakyat pagi ini dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan sebelum majlis sesi angkat sumpah melibatkan 222 Anggota Parlimen dimulakan.

Ketika ini Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah menerima dua cadangan masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perdana Menteri mencadangkan bekas Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Mulia menjadi Speaker Dewan Rakyat semula.

Sementara Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai YDP.

Memandangkan terdapat lebihan cadangan, Setiausaha Dewan Rakyat memberitahu pengundian secara rahsia perlu diadakan bagi menentukan YDP.

Berlaku sedikit kekecohan, apabila pembangkang dilihat tidak berpuas hati dan cuba mengganggu sesi pengundian secara rahsia yang kini sedang berlangsung.

Menurut Peraturan Mesyuarat 4(4), undi bersurat ialah setiap ahli Parlimen yang hadir diberi sekeping kertas undi dan ahli boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lagi yang hendak diundinya.


EmoticonEmoticon