26 Jun, 2013

Pengerusi SPR terima kepala ayam

Gambar hiasan
Putrajaya: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima satu bungkusan mengandungi nota ugutan dan kepala ayam yang sudah berbau di pejabatnya, di Ibu Pejabat SPR di sini, kelmarin.

Nota ugutan bertulis ‘letak jawatan atau...505’ dan kepala ayam yang dibungkus didalam plastik lut sinar itu diletakkan di dalam sebuah bungkusan berbentuk empat segi yang diterima seorang kakitangan SPR, jam 2.30 petang.


Bungkusan dialamatkan kepada Aziz Yusof beralamat di Tingkat 4 bangunan SPR dihantar menerusi Pos Laju oleh pengirim beralamat di Kelana Jaya, Selangor.

Sumber berkata, kakitangan SPR menerima bungkusan itu daripada pembantu tadbir di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SPR, sebelum memaklumkan kepada Abdul Aziz mengenai isi kandungan bungkusan itu.

Menurutnya, Abdul Aziz kemudian meminta kakitangan berkenaan membuat laporan polis, dan laporan dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini pada hari sama.


EmoticonEmoticon