12 Jun, 2013

(Video) 'Saya tak bogel, cuma berkemban' - Izreen Azminda

Filem sulung lakonan Izreen berjudul Pecah arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black difahamkan akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih pada 13 Jun ini.

Izreen yang ditemui ketika majlis pratonton filem Pecah mengakui agak berdebar menantikan respon peminat berkenaan satu babak lakonannya yang dikira agak berani.

Untuk pengetahuan semua, terdapat satu babak dalam filem itu yang memerlukan Izreen untuk berkemban menggunakan tuala. Izreen menyatakan yang dia sebenarnya agak kekok untuk melakonkan watak itu namun tetap meneruskan atas dasar kerja dan menganggap ianya tidak keterlaluan.

"Bagi saya perkara itu bukan satu masalah. Saya tidak berbogel, cuma bahagian atas dada sahaja yang diambil. Saya harap perkara itu tidak menjadi isu," katanya.

Izreen juga menjelaskan penggambaran filem itu telah berjalan sebelum dia berkahwin lagi dan mengharapkan respon yang positif dari suaminya selepas Pecah ditayangkan.
Babak berkemban Izreen Azminda dalam filem Pecah
"Suami belum tengok lagi babak berkemban itu tapi harapnya respon yang saya terima positif sebab dia sendiri seorang yang positif dan memahami," katanya lagi.

Menurut Izreen lagi, dia akan lebih selektif mengenai tawaran lakonan selepas ini memandangkan dia kini membawa status isteri dan juga ibu tak lama lagi.

"Saya tidak akan menerima lagi tawaran yang memerlukan saya beraksi sebegitu atau yang sewaktu dengannya. Saya kena lebih sensitif selepas ini.

"Selepas berkahwin suami juga ada pesan, karakter atau watak yang Izreen bawakan haruslah sesuai dengan status Izreen," jelasnya.

Pelakon yang popular melalui drama bersiri Juvana ini juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan sudah bersedia untuk menerima segala respon baik yang positif mahupun negatif dari peminatnya.





EmoticonEmoticon