20 Jun, 2013

Video seks ke Facebook, gadis serah segalanya kepada teman lelaki

Gambar hiasan
Seorang lelaki yang mengugut untuk memuatnaik klip seks bersama seorang remaja perempuan telah dijatuhkan hukuman penjara.

Aamir Khan, 22, berjaya mengugut teman wanitanya yang berusia 16 tahun untuk memuatnaik video seks yang kononnyan dirakamkan secara rahsia di dalam kereta ke akaun Facebooknya untuk beberapa utas barang kemas yang bernilai hampir £15,000 (RM742,099).

Kejadian berlaku beberapa minit selepas beliau menghantar gadis malang tersebut ke rumahnya sebelum mengugut untuk memuatnaik rakaman aksi seks mereka melalu pos ataupun di Facebook.

Gadis tersebut yang dalam ketakutan itu hampir mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan membunuh diri.

Beliau kemudian menyerahkan barang kemas, termasuk barangan pusaka warisan keluarganya seperti cincin, rantai dan gelang melalui tingakp bilik tidurnya pada malam itu.

Sehari kemudian, Khan mengugut lagi dan mendakwa separuh dari barang kemas tersebut adalah palsu. Setelah gadis berkenaan memaklumkan beliau tiada lagi barang kemas untuk diserahkan, Khan memintanya £500 (RM2,473).

Menurut kenyataan yang dibuat mangsa, beliau terfikir untuk membunuh diri kerana kejadian tersebut merupakan mimpi ngeri untuk dirinya dan keluarga.

Kakak mangsa kemudiannya terjumpa mesej ugutuan dari Khan di dalam telefon bimbit adiknya.

Khan, dari Spinney Hills, Leicester didakwa atas kesalahan membuat ugutan.

Siasatan awal menunjukkan tiada klip video yang dimaksudkan oleh suspek.

The Sun


EmoticonEmoticon