30 Julai, 2013

Apalah nasib Rajagobal selepas ini..

FAM bincang status jurulatih negara Khamis ini

Kuala Lumpur: Status Datuk K Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan dijangka dibincangkan, Khamis ini apabila Jawatankuasa Tetap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersidang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa antara lain akan turut membincangkan kedudukan pengendali berkenaan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, Harimau Malaya tewas 0-2 kepada satu lagi kelab J-League 1, Shimizu S-Pulse dan telah melengkapkan siri perlawanan persahabatan di Tokyo dengan dibelasah kelab J-League 2, Tokyo Verdy 0-5.


EmoticonEmoticon