31 Julai, 2013

Harimau Malaya dibelasah 5-0 kali kedua berturut-turut di Jepun

KUALA LUMPUR 31 Julai - Skuad Harimau Malaya dibelasah lagi dalam siri perlawanan persahabatan menentang kelab Jepun, hari ini tewas juga 5-0 di tangan kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.

Dengan kekalahan tersebut bermakna skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal bukan menjadi belasahan kelab-kelab negara matahari terbit itu, malahan turut gagal menyumbang sebarang gol.

Sebelum ini, skuad negara kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu, Shimizu S-Pulse, Khamis lepas sebelum diaibkan 5-0 oleh satu lagi kelab divisyen satu, Shonan Bellmare, dua hari kemudian.

Perlawanan persahabatan di Jepun adalah sebagai persiapan menentang Bahrain pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini Oktober ini. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon