22 Ogos, 2013

(Gambar) Guru 'miang keladi' terima padah digantung tugas

Ew ew ew ew, ew ew ew.

Seorang guru lelaki sekolah menengah telah digantung tugasnya setelah beberapa keping gambar beliau bercium dengan pelajarnya tersebar secara meluas di internet.

Zhang Tunhua, seorang guru sekolah menengah di daerah Linxia, semenanjung Gansu, mengarahkan semua pelajar perempuan yang tamat dari kelasnya mencium pipinya sebelum menerima sijil masing-masing.

Tanpa rasa malu dengan perbuatannya, beliau tersenyum ketika gambar-gambar tersebut diambil.

Pentadbir di sekolah itu memberitahu China Youth Daily bahawa guru berkenaan telah pun digantung tugasnya.


EmoticonEmoticon