02 Ogos, 2013

(Gambar) Tergantung separuh bogel di luar tingkap rumah



Foto-foto detik cemas ini dirakamkan ketika seorang wanita di Changchun, China yang sempat menarik kaki suaminya yang cuba terjun dari tingkap apartment rumah mereka dalam percubaan membunuh diri.

Lelaki berkenaan, yang pernah dilaporkan mengalami sakit mental dan sering mengalami gangguan, berlari ke arah tingkap yang terbuka pada awal pagi Rabu lepas.

Mujur pada ketika itu, isterinya sempat menarik kaki lelaki berkenaan ketika separuh dari tubuhnya sudah berada di luar tingkap. Ini membuatkan suaminya tergantung di bahagian luar bangunan aprtment mereka.

Jiran-jiran cuba membantu dan berjaya menarik semula lelaki berkenaan ke dalam rumahnya.



EmoticonEmoticon