19 Ogos, 2013

Gandingan mantap Hadi-Mat Sabu wajib dikekalkan - Salahuddin

KUALA LUMPUR: Gandingan mantap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu perlu terus dikekalkan bagi memperkasakan parti dan kedudukannya dalam landskap politik negara pada masa akan datang, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Menurut bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, kepemimpinan Abdul Hadi dan Mohamad dilihat gandingan terbaik untuk terus mengemudi PAS bagi berdepan pelbagai cabaran politik selain membawa parti Islam itu ke tahap tertinggi bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Gandingan mantap Hadi-Mat Sabu wajar diteruskan

Kata Salahuddin, perwakilan pada dua tahun lalu telah memberikan isyarat jelas mengenai barisan kepimpinan parti dan memilih Mohamad untuk membantu Abdul Hadi.

"Saya lihat secara objektif gandingan presiden Datuk Seri Abdul Hadi dan Mat Sabu adalah satu gandingan yang sangat diperlukan dalam era kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Presiden yang begitu kukuh dan personaliti yang kuat dibantu oleh Mat Sabu yang kita kenali sebagai tokoh penggerak massa.

"Beliau (Mohamad) mampu untuk memobilasi rakyat dan diterima dengan baik bukan sekadar ahli PAS tapi di kalangan parti politik, NGO (badan bukan kerajaan) dan masyarakat umum," katanya menyentuh pemilihan PAS yang akan diadeakan pada November ini dalam temubual bersama Antarapos.

Pada pemilihan PAS dua tahun lalu, Abdul Hadi mengekalkan jawatan presiden parti untuk penggal kelima kerana tiada pencabar sementara Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' dipilih sebagai timbalan presiden PAS dalam perebutan tiga penjuru.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Kelmarin Mohamad memberitahu beliau belum memutuskan sama ada akan mempertahan jawatan pemimpin nombor dua itu pada pemilihan kali ini.

Gandingan Hadi-Mat Sabu ubah landskap politik negara

Tambah Salahuddin, gandingan Abdul Hadi dan Mohamad dalam tempoh sepenggal ini telah mengubah landskap politik dan pola pengundian, yang menyaksikan Pakatan menambah bilangan kerusi di peringkat Parlimen pada PRU13.

Justeru beliau percaya perwakilan akan meneliti dan menilai banyak faktor termasuk sumbangan dan peranan yang dimainkan setiap calon bertanding.

"Jadi gandingan itu adalah gandingan yang kuat dan ia sangat membantu PAS khususnya dalam menghadapi PRU13 lalu.

"...untuk yang akan datang saya rasa itu juga harus diperhatikan dan saya rasa perwakilan juga akan memberikan isyarat, adakah gandingan yang ada pada hari ini akan berterusan atau perwakilan ingin memberikan satu isyarat yang lain.

"Itu sama-sama kita tunggu nanti," katanya.

Mat Sabu: Hubungan saya dengan Hadi baik dan tiada masalah

Sementara itu Mohamad yang ditemui di kediamannya di Shah Alam mengakui hubungannya dengan Abdul Hadi tiada masalah malah masing-masing saling bekerjasama antara satu sama lain.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan dibuat Abdul Hadi terlalu konservatif dan tidak seiring dengan peredaran zaman.

"Saya dengan presiden begitu baik, saling bantu-membantu...tiada (salah faham).

"Tidak (ketinggalan zaman), (kerana) tindakan presiden s


EmoticonEmoticon