13 Ogos, 2013

Hantar gambar bogel guru wanita untuk lepas geram

Siti Nurazlin mengaku bersalah menghantar empat keping
gambar bogel seorang guru wanita
Seorang wanita telah merancang satu plot untuk mengenakan bekas kekasih tunangnya setelah hubungan mereka lebih mendapat restu keluarga tunangnya.

Menurut laporan The Straits Time, Siti Nurazlin Samat, 28, yang memiliki nombor telefon bekas kekasih tunangnya itu telah menyamar sebagai seorang anggota polis dan mengadakan hubungan intimasi atas talian dengan guru berusia 24 tahun itu melalui alamat email dan Facebook palsu.

Dalam bulan May 2011, guru berkenaan menghantar 10 keping gambar bogelnya kepada Siti Nurazlin.

Pada bulan Disember tahun berkenaan, Siti Nurazlin, yang kononnya mendakwa dirinya seorang ibu yang prihatin, telah menghantar surat yang bertaip bersama empat keping gambar bogel tersebut kepada pengetua sekolah menengah di mana tempat mangsa bertugas.

Beliau berbohong dengan mengatakan 'terjumpa' foto-foto lucah di dalam buku matematik 'anaknya' dan mendakwa guru berkenaan sengaja meletakkan gambar-gambar tersebut di situ.

Guru tersebut kemudiaannya dipecat dari sekolah tersebut.

1 comments so far

http://labuemas8.blogspot.com/2013/08/menjadi-jutawan-dalam-masa-kurang-24jam.html

Jangan ketinggalan.....


EmoticonEmoticon