19 Ogos, 2013

MAS tidak akan diswastakan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd, tidak akan diswastakan.

"Malaysia Airlines tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan 2013 hari ini, berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Dr Mahathir berkata penswastaan merupakan salah satu langkah bagi mengatasi kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu, terutama setelah beberapa kali melalui pelan pemulihan. - Bernama


EmoticonEmoticon