03 Ogos, 2013

Salahkan Ramadhan, PAS tegur Rajagobal

SHAH ALAM: Datuk K Rajagopal mahu menutup kelemahan beliau sebagai Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, apabila mengatakan bulan Ramadan sebagai punca aksi hambar skuad bimbingannya.

Timbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Fadhil Osman berkata skuad bola sepak negara tidak berseorangan bermain bola dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pusingan kelayakan sukan Olimpik 2012 di London yang melibatkan pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang majoritinya beragama Islam juga berlangsung dalam bulan Ramadan.

"Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katan Fadhil dalam satu kenyataan.

Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya.

"Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan dan bukannya menentang kelab bawahan yang tidak langsung membantu memperbaiki mutu permainan serta kedudukan pasukan kebangsaan," katanya.

Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanahair semalam kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal dilaporkan berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.


EmoticonEmoticon