22 Ogos, 2013

(Video) Iklan Merdeka Petronas Ciplak P&G Olympic 2012?

Seorang pelayar internet bernama Sanjeev Kumar meninggalkan komen berbunyi Dah takde idea ke? copycat P&G Olympic 2012 punya idea :( sebagai ulasan kepada iklan Merdeka dan sambutan hari Malaysia 2013 di Youtube.

Ketika rencana ini ditulis, komen berkenaan merupakan komen yang paling top.

Bermakna mungkin ramai yang bersetuju dengan komen berkenaan.

Justeru, penulis juga terpanggil untuk membuat perbandingan antara kedua iklan berkenaan.

Ia tidaklah 100 peratus sama namun memang ada ruang untuk memperkatakan iklan Petronas berkenaan telah diciplak. Bayangkan muzik yang digunakan iklan berkenaan adalah sama. Bagaimana tidak ia dipersoalkan?

Mungkin juga ia hanya satu kebetulan….

Di bawah ini penulis paparkan kedua-dua iklan berkenaan dan biarlah pembaca  pula yang membuat penilaian yang jujur dan adil.



Mynewshub


EmoticonEmoticon