23 September, 2013

Dibelasah Sarawak, Perak gantung semua pegawai pasukan

IPOH – [DIKEMASKINI] Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengambil keputusan menggantung tugas semua pegawai pasukan bagi memberi laluan siasatan berhubung kemungkinan berlakunya sabotaj dan rasuah membabitkan pasukan itu.

Timbalan Persidennya, Khairul Azwan Harun berkata, penggantungan tugas yang turut membabitkan jurulatih itu dilakukan bagi tempoh dua minggu berkuat kuasa, 25 September.

“Pemain tidak terlibat dalam pergantungan ini, mereka hanya perlu melaporkan diri setiap hari di pejabat Pafa dan menghadirkan diri untuk sesi latihan seperti biasa.

“Sehingga tempoh siasatan selesai, semua pegawai pasukan dan pemain terlibat tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan bandar Ipoh,” katanya pada sidang media, di sini.

Keputusan berkenaan diambil berikutan prestasi buruk pasukan itu dalam aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Kemuncak ‘kemarahan’ timbul apabila skuad kendalian Mohd Azraai Khor itu tewas teruk, 1-6 kepada Sarawak dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan D Piala Malaysia, Sabtu lalu.


EmoticonEmoticon