13 September, 2013

Isteri bekas timbalan presiden PKR meninggal dunia

SHAH ALAM - Isteri kepada pemimpin vateran PKR, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia jam 7.40 petang tadi.

Berita kematian Allahyarhamah Sabariah Abdullah turut dikongsi di laman mikro Twitter bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Syed Husin yang merupakan senator di Dewan Negara turut menerima ucapan takziah daripada pejabat PKR.

"Semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan
redha.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman," tulis kenyataan dari pejabat PKR.

1 comments so far

Takziah, S Husin dan keluarga. Mendoakan agar ruh Allahyarhamah di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al Fatihah.


EmoticonEmoticon