30 September, 2013

'Khidmat' wanita seksi dalam kamar mandi

Serdang: Dilihat dari luar, ia hanyalah pusat urut kesihatan biasa, namun sebaik pelanggan melangkah masuk, mereka ditawarkan khidmat seks.

Harian Metro difahamkan, pusat urut berkenaan menawarkan khidmat seks wanita seksi warga asing di kamar mandi bagi melempiaskan nafsu.

Bagaimanapun, operasi pusat pelacuran yang terletak di tingkat satu premis perniagaan di Bandar Puteri Puchong, di sini, terbongkar hasil maklumat awam dan risikan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.

Taktik pusat itu ialah pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat urut dan seks hanya perlu memilih wanita warga asing disediakan dan selepas membuat pembayaran, mereka dibawa ke kamar mandi khas yang mempunyai katil kalis air yang turut menawarkan khidmat urutan ‘badan ke badan’ (B2B) mengikut waktu dipersetujui.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam itu, dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis ditahan bersama tujuh wanita tukang urut.

“Semua wanita warga asing ditahan itu berusia antara 20 dan 30-an masing-masing dua dari China dan lima dari Vietnam. “Hasil serbuan, kami merampas 124 kondom, sebotol tiub cecair jeli, tuala dan beberapa botol minyak urut serta wang tunai RM3,745,” katanya ketika ditemui selepas serbuan.

KAMAR khas disediakan di pusat urut untuk layanan B2B.
Rohan berkata, pihaknya menjalankan siasatan ke atas pemilik premis disyaki menawarkan aktiviti persundalan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen.


EmoticonEmoticon