03 September, 2013

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sudah tinggalkan BAM?

KIEN Keat (kanan) dan Boon Heong masih menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Kuala Lumpur: Itulah persoalan yang timbul ketika ini, namun tiada pihak termasuk majikan mereka, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sanggup membuat pengesahan rasmi.

Sebelum ini khabar angin bertiup kencang mendakwa gandingan utama negara itu akan keluar dari BAM dan bergelar profesional sejak wujud ‘ancaman’ untuk memisahkan mereka sejak tahun lalu.

Sumber menyatakan gandingan itu sudah menghantar surat meminta dilepaskan BAM untuk mereka bergelar profesional.

Mereka dikaitkan dengan sebuah kelab di Thailand, Granular dan dikatakan sudah mengikat kontrak bergelar pemain profesional bersama kelab yang menjadi majikan Bodin Issara dan dua pemain profesional negara, Mohd Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazari.


EmoticonEmoticon