22 September, 2013

Mandi dulu sebelum ditawar nikmati seks

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Menikmati mandian spa terlebih dulu sebelum ditawar khidmat seks. Jika bersetuju, pelanggan akan dibawa ke hotel yang ditempah bersama seorang wanita yang sudah menunggu di dalam bilik.

Itu antara taktik persundalan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang menyediakan wanita warga Vietnam dan Indonesia kepada lelaki hidung belang.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat serbuan mengejut di hotel terbabit pada jam 10 malam kelmarin dan berjaya menahan enam wanita yang sedang menunggu pelanggan.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur Deputi Superintendan Bahrain Che Rose berkata, pihaknya membuat serbuan ke hotel terbabit selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati pelanggan terlebih dulu akan mandi di spa di tingkat satu hotel berkenaan sebelum didatangi bapa ayam yang menawarkan pelacur.

“Jika pelanggan bersetuju, mereka akan dibawa ke bilik hotel yang ditempah khas dan sudah ditunggu pelacur terbabit.

WANITA Vietnam dan Indonesia yang melayan lelaki hidung belang ditahan di hotel.
“Dalam serbuan ini, polis berjaya menahan enam wanita iaitu dua wanita warga Vietnam dan empat Indonesia berusia 23 hingga 30 tahun,” katanya selepas operasi, kelmarin.

Bahrain berkata, semua mereka menggunakan pas lawatan sosial dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Bahrain berkata, dalam satu lagi serbuan di kaki lima Jalan Bukit Bintang, polis menahan 13 wanita yang menjalankan kegiatan urut secara haram.


EmoticonEmoticon