29 September, 2013

Nafi bertunang, tapi foto Zain dan Che Ta dah tersebar...

Ingat lagi minggu lalu kisah tentang pertunangan Rozita Che Wan & Zain Saidin yang khabarnya telah dijalankan secara senyap senyap?

Zain Saidin berkata beliau belum memutuskan sama ada ingin mengadakan majlis pertunangan tetapi ada merancang.

Guess what? Kami menerima beberapa gambar lewat petang ini menunjukkan pasangan Rozita Che Wan & Zain Saidin dalam satu majlis tertutup yang difahamkan sebagai majlis merisik pihak perempuan merangkap pertunangan mereka.

Majlis secara tertutup itu di’adakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur dan khabarnya hanya dihadiri oleh kaum keluarga rapat selain krew jurugambar yang ditugaskan untuk merakamkan detik indah mereka.

Itu sahaja yang kami tahu.
Sumber kami turut berpesan walaupun Rozita Che Wan & Zain Saidin semahunya merahsiakan majlis pertunangan ini, dalan dunia gossip selebriti dinding dewan pun mampu berbisik.


UPDATE-1: Rozita Che Wan memuatnaik gambar berikut melalui akaun Instagram rasmi beliau dan kami ambil ini sebagai majlis yang berlangsung siang tadi memang benar belaka — cuma ini cincin merisik atau bertunang? Apa pun, tahniah buat Rozita Che Wan & Zain Saidin.

Rotikaya


EmoticonEmoticon