14 September, 2013

Pablo Aimar ikat kontrak 5 tahun bersama Johor DT

PABLO Aimar berjalan masuk ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk diperkenalkan kepada para penyokong Johor Darul Takzim selepas kontrak lima tahun bersama pasukan itu di Johor Bahru hari ini. - UTUSAN
JOHOR BAHRU 14 Sept. - Pemain yang amat dinanti-nantikan para peminat bola sepak negeri ini, Pablo Aimar sah menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT) apabila mengikat kontrak selama lima tahun bersama pasukan itu.

Bekas pemain antarabangsa Argentina berusia 34 tahun itu diperkenalkan pada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini hari ini.

Pemain yang bakal menyarung jersi nombor 10 JDT bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk skuad Harimau Selatan. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon