19 September, 2013

Rashid lepas jawatan jurulatih perseorangan negara

KUALA LUMPUR: Jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan perletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini .

Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Beliau disahkan menghantar surat perletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.

Selain kesukaran bekerja di bawah pimpinan baru BAM, Rashid juga dilaporkan sukar bekerja di bawah pengarah pengurusan bakat BAM,Tan Aik Mong.

Kenny ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan Rashid sudah meletak jawatan.

Beberapa hari lalu, Rashid diletakkan dibawah penyeliaan abangnya, Razif Sidek selepas Aik Mong melakukan bebebrapa perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM.

Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perletakkan jawatan Rashid, kerana satu sidang media t ergempar akan diadakan di Pejabat BAM pada Jumaat.

Tindakan Rashid ini jelas satu tamparan buat BAM dan ia perlu ditangani segera.

Sebelum ini, seorang lagi abang kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek turut mengambil tindakan sama pada 2010.


EmoticonEmoticon