29 September, 2013

Seks dengan pelampung depan kanak-kanak

Hamilton (Ohio): Seorang lelaki, Edwin Charles Tobergta, 34, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam apabila mengadakan seks dengan pelampung di depan beberapa kanak-kanak.

Menurut laporan polis, seorang saksi melihat lelaki berkenaan dalam keadaan bertelanjang melakukan seks dengan pelampung itu.


“Dia keluar dari sebuah kolam dengan bertelanjang dan kemudian mengadakan seks dengan mainan berkenaan,” menurut laporan berkenaan.

Laporan itu juga menjelaskan, perbuatan itu dilakukan di depan beberapa kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan pada siang hari.

Ini kali kedua dia ditangkap melakukan perkara serupa. Kali pertama pada 2011.

Ketika itu, dia ditangkap di atas tempat meniup pelampung dengan seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.

Apabila menyedari dia diperhatikan, Tobergta cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh polis.

Dia dijadual dijatuhi hukuman November ini. - AFP


EmoticonEmoticon