28 Oktober, 2013

Banjir Cameron: Mayat wanita hilang telah ditemui

MAYAT mangsa banjir lumpur, Jarwati, 24, di bawa keluar dari kawasan tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands, hari ini/ Pic: Berita Harian
CAMERON HIGHLANDS: Polis mengesahkan mayat yang ditemui di lokasi banjir lumpur di Lembah Bertam, di sini, tengah hari tadi ialah warga Indonesia, Jarwati Abdul Rahim.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemui dalam timbunan sampah dan kayu kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dihanyutkan.

Jarwati adalah seorang daripada empat mangsa yang maut dalam tragedi

limpahan air empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam, Ringlet awal pagi Rabu lalu.

Mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

-Berita Harian


EmoticonEmoticon