28 Oktober, 2013

Celah peha pun kantoi...

Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 31 tahun membawa penemuan dadah jenis kokain seberat dua kilogram (Kg) dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000 yang disembunyikan di pehanya ketika melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua di sini, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan lanjut ke atas suspek, polis berjaya mengesan tiga lagi rakan suspek yang dalam perjalanan ke Hong Kong.

"Hasil maklumat itu, pihak kita melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis Narkotik Hong Kong.

"Ketiga-tiga suspek termasuk seorang perempuan berjaya ditahan dan merampas empat Kg dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM1 juta yang menggunakan cara yang sama," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.


EmoticonEmoticon