28 Oktober, 2013

Dato' Rahim Razali dimasukkan ke ICU

KUALA LUMPUR: Pengarah, pelakon filem dan pengulas sukan terkenal, Dato’ Rahim Razali telah dikejarkan ke Sunway Medical Centre hari ini.

Pengarah filem Abang itu dikatakan mengalami kesakitan sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di Kuantan.

Rahim dibawa ke sini untuk rawatan dan menurut sumber beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan diletakkan di bawah pengawasan pihak hospital serta berada dalam keadaan stabil.


EmoticonEmoticon