21 Oktober, 2013

Hina Sultan Johor, juruukur didenda RM20,000

JOHOR BAHRU: Seorang juruukur didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menggunakan laman sosial bagi menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Abd Jalil,28, yang sedang belajar peringkat Sarjana di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut diperintahkan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda terbabit.


EmoticonEmoticon