21 Oktober, 2013

Adi Putera jumpa orang berpengaruh untuk tutup kes?

Masihkah anda ingat kes Adi Putra yang dikatakan menjalinkan skandal dengan isteri orang sehingga kes mereka kini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Terbaru, menerusi ruangan kolum akhbar sisipan Bi-Pop, penulisnya, Zubir mendakwa kononnya aktor kacak itu telah bertemu dengan seorang indivivu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Namun tidak diketahui sama ada cerita ini benar atau tidak, dah nama pun kolum gosip kan.

Sebelum ini, aktor kelahiran Singapura itu mencetuskan kekecohan apabila dia dikatakan menghantar gambar alat sulitnya kepada seorang wanita yang juga bergelar isteri orang, Aida menerusi aplikasi Whats App.

Kes ini mula terbongkar selepas suami Aida membuat laporan polis bahawa berhubung insiden tersebut.

Namun tak kurang juga yang mengatakan ini merupakan komplot yang ingin menjatuhkan karier Adi yang semakin kukuh dalam bidang seni kini.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja nanti perkembangan kes ini dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka dan tidak perlu kita membuat sebarang andaian kerana kebenaran pastinya akan terserlah jua di masa akan datang.

Tak gitu?


EmoticonEmoticon