21 Oktober, 2013

Professor dari UPSI calon BN di PRK Sg Limau

YAN – Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Suhaimi Lazim, 52, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sg Limau, Kedah, umum Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, di sini, hari ini.

Dr Sohaimi berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Malaysia / Tamadun Asia (Jepun)) , Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) (Pengajian Peradaban / Tamadun Islam dan Asia Timur) dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian (Sains Politik) juga dari USM.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.

Azizan dianggap sebagai ‘lagenda’ Sungai Limau kerana berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak 1995.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.


EmoticonEmoticon