29 Oktober, 2013

(Video) Tariah 'ghairah' penutup PLKN jadi pertikaian?

Sebuah video yang dipercayai dirakamkan pada malam akhir dan penutup bagi satu sesi kumpulan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah tersebar.

Video tersebut menyaksikan sekumpulan peserta perempuan PLKN sedang menari dengan gaya k-pop. Tariannya agak menarik, dengan liuk lentuk tubuh yang agak seirama dengan rentak lagu.

Video ini kemudiaanya mendapat kecaman dari salah sebuah blog pro pembangkang yang memuatnaiknya di laman FB beliau. Beliau berpendapat tarian peserta-peserta perempuan ini berlandaskan ghairah semata-mata.

Salah seorang komentor pula berpendapat ini adalah acara bebas dan penutup, oleh yang demikian terpulanglah kepada peserta-peserta untuk menampilkan bakat masing-masing. Namun begitu, komen ini telah mendapat reaksi negatif dari 'pak syeikh-pak syeikh' Google.

Bagaimana pula pembaca yang lain? Apa yang anda pandang? BAKAT atau KESESATAN semata-mata?

p/s: Sapa tau lagu apa yang diorang guna untuk tarian ni?



EmoticonEmoticon