19 November, 2013

Elak komen perihal Karpal, Tok Pa mendayuskan PAS

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengelak mengulas mengenai pendirian rasmi mereka berhubung gesaan pembatalan parti politik berasaskan bangsa dan agama oleh pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun didesak beberapa kali oleh wartawan sama ada pendirian parti Islam itu sejajar dengan pendirian Pemuda PAS yang mengkritik keras, Mustafa tetap tidak menjawab secara langsung.

Beliau sebaliknya menjelaskan mahu melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Wartawan: Pemuda PAS beri masa kepada Karpal lima hari, Muslimat pun tuntut beliau mohon maaf.

Mustafa: Tak apa, itu semua wakil PAS. Pemuda pun wakil PAS, Muslimat pun PAS, itu wakillah itu. Suaralah itu.

Wartawan: Adakah bermaksud sama dengan Pemuda PAS?

Mustafa: Itu punya hak masing-masing. Itu hak dewan, macam mana nak nyatakan. Kamu tanya Karpal, dia wakil DAP atau tidak? Boleh tanya macam itu. (ketawa). Jadi saya kata, dewan-dewan itu wakil yang sah, mewakili PAS. Dewan Muslimat, dewan yang sah mewakili PAS. Pemuda pun dewan sah mewakili PAS. Jadi, fahamlah itu.

Wartawan: Pandangan rasmi PAS pusat bagaimana?

Mustafa: Pandangan rasmi adalah daripada pandangan PAS Pusat. Itu pun, rasmi juga, daripada (Dewan) masing-masing.

Wartawan: Karpal dilapor masih berdegil untuk tidak mohon maaf.

Mustafa: Saya tidak nampak kenyataan dia... Saya nak tengok selepas ini ada ataupun tidak. Saya nak tengok ada atau tidak. Kalau ada saya jawab sendiri (ketawa).

Wartawan: PAS nak minta Karpal mohon maaf?

Mustafa: Isu itu masih (berlangsung) lagi. Tengoklah perkembangannya. Orang ini kata macam ini, orang ini jawab. Masa (ini) tengah jawab tak ada keputusan lagi. (ketawa).

Wartawan: PAS dilihat selama ini berdiam diri.

Mustafa: Yang lepas, (isu) mana yang kita tak jawab? Kita jawab semua, kita jawab. Kita tak berdiam diri, Pemuda pun PAS. Oleh kerana dia ada versi dia, Karpal kata dia tak kata, jadi kita tengok macam mana, bukti yang masing-masing ada.

Malaysiakini


EmoticonEmoticon