21 November, 2013

Muktamar PAS: Budaya 'chai' mula menular

SHAH ALAM - Menjelang pemilihan kepimpinan Pemuda Pas hari ini, 'chai' atau senarai pilihan bagi pasukan tertentu sudah mula disebarkan di kalangan perwakilan.

Satu kumpulan yang menggelar mereka sebagai pasukan dinamik diketuai Suhaizan Kaiat sebagai ketua dengan timbalannya Ahmad Zamri.
Sementara itu, satu lagi kumpulan dengan motto 'Pemimpin Harapan Pemuda' meletakkan Kamaruzaman Mohamad sebagai ketua bersama timbalannya Khairil Nizam.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua 'chai' itu mendapat restu atau disediakan sendiri oleh calon Ketua Pemuda yang bertanding dalam pemilihan kali ini. Bagaimanapun seorang lagi calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff tiada dalam kedua-dua senarai itu.


EmoticonEmoticon