03 November, 2013

Piala Malaysia: PM bangga Pahang juara

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.

"Saya bangga dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Penantian 21 tahun berakhir malam ini," kata Najib menerusi tweet terbaharunya sejurus selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam tamat dengan keputusan 1-0.

Najib, yang berasal dari Pahang, adalah Anggota Parlimen Pekan.

Dalam tweet yang sama, Najib turut mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan.

"Cuba lagi tahun depan," katanya. - Bernama


EmoticonEmoticon