19 November, 2013

#Villanabila: Dua keping gambar penampakkan entiti seram

Petang semalam ketika ramai manusia membanjiri kawasan rumah banglo tinggal di Danga Bay, Johor Bahru wartawan mynewshub.my menerima dua keping foto yang agak menarik dan menyebabkan berdiri bulu roma apabila melihatnya.

Gambar pertama diberikan oleh sepasang adik-beradik yang berada di hadapan rumah berkenaan sejak kes itu menjadi viral di dalam internet manakala gambar kedua diberikan kepada mynewshub.my oleh seorang wanita yang memandu melalui kawasan rumah itu.

Banglo itu yang dikenali penduduk setempat sebagai Villa Nabila diketahui mempunyai banyak cerita mistik yang berlaku termasuk turut disenaraikan sebagai lima tempat paling berhantu di Malaysia.

Penulis hari ini berkongsi dua gambar berkenaan dan anda tentukan sendiri apa yang anda nampak atau adakah ia hanya ranting kayu dan daun yang menyerupai sesuatu yang disifatkan sebagai entiti paranormal.

Biasalah, dalam keadaan kecoh begini pasti ada gambar sedemikian akan tersebar demi untuk menarik perhatian orang ramai yang membaca atau melayari internet.

Hari ini, remaja berkenaan yang dilaporkan hilang Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun, sebelum ini pula telah dijumpai menyorok di rumah teman wanitanya selepas tengah malam tadi.

Anda lihat sendiri dua gambar ini dan tentukan apa yang anda dapat lihat ada di dalam gambar itu.

Gambar pertama diperolehi daripada dua orang adik beradik Fahariza Baharom, 29 tahun, dan Faharizad Baharom, 20 tahun, (gambar bawah) yang ditemui penulis kira-kira pukul 10 malam di hapan Villa Nabila.

Jika dilihat di bahagian bawah, anda akan nampak gambar seperti wajah seorang wanita berada pada dinding batu di kawasan bawah rumah Villa Nabila.

Mereka berdua mendakwa berada di situ sejak siang untuk melihat apa yang terjadi dengan lebih dekat serta merakamkan gambar rumah berkenaan dengan harapan mungkin ada gambar entiti paranormal atau hantu yang bakal mereka rakamkan.

Gambar kedua diperolehi daripada seorang wanita yang enggan namanya disiarkan. Beliau merakamkan gambar ini dari dalam keretanya ketika memandu melalui kawasan hadapan Villa Nabila.
Apa yang anda boleh nampak di dalam gambar kedua ini?

Anda perhatikan di sudut sebelah kiri atas dan apa rasanya yang anda nampak di kawasan itu di dalam gambar ini?

Penulis tidak mengatakan gambar berkenaan ialah satu entiti tetapi gambar itu apabila dilihat ia mampu menaikkan bulu roma anda.

Anda lihat dan anda bincangkan apa agaknya yang mata anda nampak? Gambar yang penulis perolehi tidak diedit oleh apa-apa pun sebaik diperolehi. – mynewshub.my


EmoticonEmoticon