31 Disember, 2013

Bapa tiri bernafsu buas

Sungai Petani: Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol anak perempuan tirinya pada 2008 lalu.

Hakim Mohd Khalid Ab Karim menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh yang berasal dari Sik.

Mengikut fakta kes warga emas itu didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 29 tahun di sebuah rumah bernombor F1A Kampung Baru Pulau 3 di Sungai Layar, di sini, jam 7.30 malam, 23 November 2008.

Berikutan hubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang, hukum agama dan adat, maka pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 373(3) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.


EmoticonEmoticon