31 Disember, 2013

#Guling: Ahli politik pembangkang ketuai geng baju hitam

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Tanpa menghiraukan larangan pihak berkuasa dan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap tercetusnya huru-hara, kumpulan berbaju hitam dipercayai penyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan dengan diketuai pemimpin pembangkang, mula memasuki Dataran Merdeka kira-kira 9.30 malam tadi.

Bermula selepas Isyak, lebih 100 peserta perhimpunan haram itu dilihat menuju ke Dataran Merdeka dari Stesen Komuter Bank Negara.

Dari Pasar Seni, kumpulan tersebut bergerak menuju ke Dataran Merdeka, diketuai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Kumpulan kecil mereka yang memakai baju berwarna hitam menjadikan stesen berkenaan sebagai ruang sementara untuk berkumpul.

Di Masjid Negara, kebanyakan mereka memakai pakaian hitam antaranya bertulisan ' 31 Dis 2013' , 'Suara Rakyat' , 'Turun' malah ada mengenakan baju T mewakili NGO S.A.M.M.

Bahu-bahu jalan sekitar Masjid Negara turut menjadi tempat para peserta perhimpunan untuk meletakkan kereta dan motosikal masing-masing.

Geng berbaju hitam juga menjadikan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek, Kompleks Beli-Belah Sogo dan bangunan ibu pejabat Pas sebagai tempat berkumpul sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon