01 Januari, 2014

#Guling: Peserta bertindak liar, artis dibaling botol, konsert batal

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.

Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.
PESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Baru, malam ini
PESERTA perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka dihentikan serta-merta. - Foto Sairien Nafis
Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.

Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. -

Ketika berita ini ditulis pukul 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.

Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.

2 comments

Mungkin sesuai bagi pihak penganjur acara sambutan tahun baru mambuat kajian terperinci, apakah wajar bagi mereka untuk mengambil tindakan saman kepada pihak yang membuat kekacauan dalam acara sambutan tahun baru itu.

aslmkm..penulis ada betul ke di dataran masa kejadian tu...penulis kata ada peserta naik ke pentas utama.. tolong tunjukkan bukti gambar atau video...sebab saya baca dalam utusan pon kate mcm tu..tapi takder bukti pon yg naik atas pentas...utusan bayar penulis ke?


EmoticonEmoticon