31 Disember, 2013

#Guling: Salahudin Ayub, Suhaizan, Chegu Bard mula menghasut

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub adalah antara pemimpin pembangkang yang dilihat muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi di ibu negara malam ini.

Selain Salahudin ialah Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad.
Di samping itu, turut kelihatan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohamad Azan Safar.

Mereka dikesan berucap bergilir-gilir di kawasan masing-masing menyeru orang ramai bergerak ke Dataran Merdeka.


EmoticonEmoticon