31 Disember, 2013

#Guling: Tanggal baju di khalayak, cemar imej Pasar Seni

SEKUMPULAN lelaki dipercayai penyokong perhimpunan guling kerajaan tidak segan silu membuka baju dan menyalin pakaian di khalayak ramai di Pasar Seni, Kuala Lumpur malam tadi.
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pasar Seni yang merupakan salah satu tarikan pelancongan negara, dicemari dengan gelagat kumpulan berbaju hitam, dipercayai penyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan.

Mereka yang dianggarkan 30 orang itu berkumpul di hadapan pintu utama Pasar Seni dan tanpa segan silu membuka baju dan menyalin pakaian hitam di khalayak ramai.

Difahamkan, Pasar Seni menjadi salah satu lokasi peserta himpunan guling kerajaan berkumpul sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.


EmoticonEmoticon