31 Disember, 2013

#Guling: Ratusan penunjuk perasaan mula dikesan

ANTARA gambar yang merakamkan gelagat beberapa kumpulan yang kebanyakannya berbaju hitam dipercayai penunjuk perasaan dan penyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan dikesan di beberapa lokasi di ibu negara.
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Ratusan orang dipercayai penunjuk perasaan penyokong perhimpunan menggulingkan kerajaan, dikesan berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara, dipercayai menunggu arahan pihak tertentu untuk mengingkari arahan pihak berkuasa supaya jangan mengadakan demonstrasi haram.

Kelibat mereka yang kebanyakannya berbaju hitam, dilihat di Dataran Merdeka, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek, Kompleks Beli-Belah Sogo, Masjid Negara dan bangunan Pas Pusat.

Difahamkan, sekumpulan penyokong himpunan mengguling kerajaan itu didatangkan dengan sebuah bas sekolah, dipercayai disewa.

Sumber-sumber memberitahu, penunjuk perasaan tersebut akan mula bergerak pukul 9 malam ini untuk berkumpul di hadapan bangunan DBKL sebelum meneruskan ke Dataran Merdeka pukul 10
malam. - UTUSAN ONLINE







EmoticonEmoticon