08 Disember, 2013

Kerajaan umum bantuan RM500 untuk mangsa banjir

MUSNAH… Penduduk Perkampungan Sungai Isap menghimpun barangan yang rosak di luar rumah ketika pulang untuk membersih kediaman selepas dilanda banjir luar biasa. Hujan lebat berterusan selama empat hari telah menyebabkan banjir besar di daerah Kuantan, Rompin dan Pekan. Foto: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terbabit dengan banjir.

"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.

"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.


Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa-mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.

"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara.


EmoticonEmoticon