16 Disember, 2013

Konvesyen DAP: Jenice Lee 'dihambat' balik

Suasana tenang semasa pemilihan DAP Selangor sedikit berkocak apabila bekas anggota parti itu, Jenice Lee tampil menimbulkan drama semasa konvensyen parti tersebut.

Lee yang mengenakan baju putih dan skirt hitam dihalang oleh petugas parti apabila cuba memasuki kawasan konvensyen tersebut di Shah Alam hari ini.

Beliau juga cuba mendaftar sebagai pemerhati tetapi turut dihalang.

“Kenapa anda tidak mahu benarkan saya masuk? Saya tiada apa-apa senjata?,” katanya sebelum mendekatan setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian Wah untuk membenarkan beliau masuk.

Ean Yong turut enggan berbuat demikian.

Lee juga tidak berpuas hati kerana namanya dipadamkan dari minit mesyuarat konvensyen DAP Selangor pada tahun sebelumnya.

“Kita rakan sekelas... Macam mana awal boleh padamkan nama saya?,” soalnya kepada Ean Yong, yang enggan menjawab.

Lee kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut.

Ean Yong yang diminta memberi penjelasan oleh pemberita selepas itu berkata ia merupakan amalan biasa bagi parti politik untuk memadamkan nama anggotanya yang disingkir dari barisan anggota jawatankuasa.


EmoticonEmoticon