22 Disember, 2013

Skim Pendidikan - Gaji Baru Untuk Guru ada Sarjana dan Phd

Pekeliling Perkhidmatan Bil.40/2013 dari Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) telah dikeluarkan pada 17 Disember 2013.

Ia menjelaskan tentang penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Pelaksanaa ini bertujuan meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda melalui Program Pensiswazahan Guru serta penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya profesion guru.

Skim yang digabungkan adalah seperti berikut;

Pekeliling ini juga menjelaskan tentang gaji permulaan untuk mereka yang memiliki Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah(PhD). Pemilik Sarjana akan memperolehi gaji permulaan RM2,733.98 dan pemilik PhD akan menerima sebanyak RM3,040.60.

Diploma perguruan – DG29 – RM1,589.00
Diploma berkaitan – DG29 – RM1,735.44
Ijazah sarjana muda berkaitan – DG41 – RM2,018.52
Ijazah sarjana muda pendidikan – DG41 – RM2,222.94
Ijazah sarjana berkaitan – DG41 – RM2,733.98
Ijazah doktor falsafah (PhD) berkaitan – DG41 – RM3,040.60
Syarat-syarat terkini tentang kenaikan pangkat juga dijelaskan secara terperinci dalam pekeliling tersebut. Muat turun di sini.

Kini lebih beruntunglah mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah doktor falsafah (PhD) menceburi bidang pendidikan. Bagaimana pula dengan guru-guru yang dah mempunyai Sarjana dan PHD. Berapa tinggi mereka dan tangga gaji mereka akan ‘lompat’??


EmoticonEmoticon