NAY PYI TAW 10 Dis. - Malaysia sekadar meraih kemenangan 2-0 ke atas Brunei Darussalam pada perlawanan pertama Kumpulan B bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar ke-27 di sini petang ini.
Turun selaku juara bertahan, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar memperoleh gol menerusi Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-30 dan Ashri Chuchu pada minit ke-70.
Ini merupakan perlawanan pertama Malaysia dan kedua bagi Brunei yang dibelasah Vietnam 7-0 semalam.